Isnin, 7 Mac 2011

Cabaran Dalam Perlaksaan Dasar Pengurusan Islam...

Cabaran dalam Perlaksanaan Pengurusan Islam.

Sebagai salah satu negara bekas jajahan british, kita telah ditanamkan ideologi-ideologi pemikiran mereka jika kita lihat dan perhatikan penjajah sebelum british semuanya meninggalkan monumen atau senibina mereka disini contohnya yang terdapat di Melaka. Manakala jika diperhatikan didalam organisasi-organisasi yang ada di Malaysia ini berteraskan sistem pengurusan dan perundangan barat, itulah yang mereka tinggalkan untuk kita di Malaysia ini dan amat mustahil untuk kita jalankan sistem pengurusan islam sepenuhnya, yang kita boleh laksanakan sekarang kita ambil sistem mereka kita “islam”kan sistem tersebut. Walaupun kerajaan Malaysia telah menengahkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran pada tahun 1985 dan menggubal Pekeliling Am Garis Panduan bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Niai-Nilai islam dalam Sektor Awam pada tahun 2001, tetapi kita tidak boleh menyatakan negara kita mengamalkan pengurusan islam. Terdapat beberapa soalan yang perlu di utarakan sebelum kita menyatakan bahawa kita telah mengamalkan sistem pengurusan islam.

• Apakah matlamat kita sebenarnya disebalik usaha penerapan nilai-nilai islam?
• Adakah semata-mata mahu digunakan sebagai alat mencapai maksud kenegaraan yang menumpukan kepada pragmatik ekonomi dan sosio-politik ?
• Adakah kita telah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh bagi menyisihkan gagasan barat yang berteraskan sekularisme yang mendominasi disiplin pengurusan.?
• Adakah kita sudah cukup sedar tentang akibat akhir yang bakal merudung kehidupan kita ekoran daripada sikap kita yang membuta tuli?
• Adakah akal kita telah tertunjang pandangan alam islam yang sempurna sebagai landasan bagi melaksanakan islamisasi dalam erti kata membebaskan diri dari pelbagai elemen yang melindungi dan mengongkong kita daripada menerima islam dengan sepenuhnya?




Soalan yang dinyatakan diatas adalah bertujuan menyatakan bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam menjalankan sistem pengurusan islam di negara kita ini, kerana setiap orang yang gelap hatinya akan menyimpan keinginan disebalik perkara baik tersebut. Selaku manusia yang berakal adakah kita sanggup membiarkan negara kita yang kita sayangi hancur akibat kita mengikut sistem pengurusan barat yang nampak dari luarannya cantik tetapi dalamannya mengandungi racun yang amat berbisa. Persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan perlulah ditanyakan kepada diri kita sendiri dan masyarakat Malaysia secara amnya dan secara khususnya tanyakan kepada diri kita sendiri adakah kita mampu untuk menjalankan sistem pengurusan islam ini sedangkan diri kita ini dipahat pemikiran barat yang amat dalam.

(sekadar perkongsian sahaja)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...