Khamis, 2 Disember 2010

Cinta,.. Menurut Imam Al-Ghazali...

Tokoh-tokoh pemikir silam tidak dapat memberi satu takrif yang jelas dan khusus mengenai cinta, cuma apa yang disebut cinta adalah lawannya benci, ia merupakan perkara yang berkaitan dengan rohani manusia, dan ia perlu ada dalam kehidupan manusia. Secara umum bolehlah ditakrifkan seperti berikut: cinta ialah perasaan kasih yang terjalin antara satu hati dengan hati yang lain.



Seorang tokoh pemikir arab Al-A'ini menyebut "aku pernah bertanya A'rabi mengenai cinta, maka jawapnya : "cinta satu perkara yang nyata lebih dari tersembunyi, tersembunyi lebih dari kelihatan, tersembunyi seperti tersembunyi kepanasan api dan arang batu". Ungkapan cinta dan benci kadang-kadang digunakan untuk menyatakan keinginan kepada sesuatu atau tidak suka kepada sesuatu, seperti kanak-kanak menyebut " saya cinta dan kasih terhadap gula-gula, dan saya benci pada ubat " ini bererti bahawa kanak-kanak gemar kepada gula-gula dan benci kepada ubat"

Imam AL-Ghazali berpendapat bahawa cinta itu berasaskan kepada beberapa sumber. Pertama perkenalan kedua kesesuaian dan yang ketiga kemesraan. Tiga perkara penting ini akan melahirkan rasa cinta diantara satu sama lain beliau juga telah membahagikan kepada beberapa bahagian :
1) Cinta terhadap kewujudan diri sendiri.
      Bererti setiapnaluri manusia igin kepada kekal kewujudannya dan menolak kemusnahannya. Manusia benci kepada kematian. Manusia kasih pada dirinya, kemudian kasih kepada hartanya,anak-anak, dan keluarganya.
2) Cinta kepada orang yang berbuat baik kepadanya.
      Sifat tabii manusia suka orang berbuat baik kepadanya, kerana dengan adanya orang ini maka akan kewujudan taadi dan ini akan membantu menolak kemusnahan dirinya. Kerana itu manusia kadang-kadang cinta kepada orang selain dari keluarganya semata-mata kerana dia telah berbuat baik kepadanya.
3) Cinta kepada orang yang berbuat baik.
      Meskipun tidak berbuat baik kepadanya. Ia cinta kepada orang yang berbuat baik, bererti ia cinta kepada kebaikan. Inilah yang hakiki.
4) Cinta kepada keindahan.
      Terdapat pula manusia yang cinta kepada keindahan zahir atau keindahan batin. Kelazatan timbul apabila mendapat sesuatu yang indah. 


[olahan daripada satu huraian "cinta" oleh abdul hamid bin md tahir]
( sambungan akan menyusul... )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...